Sunday 30 October 2011

Selamat Datang ke Homestay Baitul Aidzah

- PENGENALAN -

Baitul Aidzah bermaksud RUMAH MULIA . Homestay ini terletak di Taman Tamby Chik Karim , Batu Berendam iaitu bertentangan dengan Taman Merdeka dan 'land mark' utama nya adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka .

Bagi mereka yang berkunjung ke Melaka , dua kawasan pelancongan yang menjadi tarikan utama adalah Ayer Keroh dan Bandar Hilir .  Dengan kedudukan strategik Batu Berendam yang terletak diantara kedua pusat pelancongan ini, maka Baitul Aidzah sesuai menjadi pilihan pengunjung sebagai penginapan alternatif . Jarak diantara Batu Berendam ke Ayer Keroh atau Batu Berendam ke Bandar Melaka hanya mengambil masa sekitar 10 minit berkenderaan .


ALAMAT HOMESTAY / GUEST HOUSE

Taman Tamby Chik Karim,
Off Tmn Merdeka,
Batu Berendam,
Melaka.

KEDUDUKAN / LOKASI :

GPS Cordinate : N 02 darjah 16.077'
E 102 darjah 14.461'

KADAR / RATE :

ISNIN - KHAMIS : RM130.00
JUMAAT- AHAD  : RM140.00
CUTI PERSEKOLAHAN  dan [cuti umum] : RM150.00

RATE KORPORAT  ditawarkan sehingga 50% diskaun bergantung kepada bilangan hari penginapan .
Penghuni juga boleh memilih FLAT RATE sekiranya menginap lebih dari SATU minggu .


WAKTU CHECK IN : 2.00 pm
CHECK OUT : 12.00 pm

Kami meminta maaf kerana memerlukan masa untuk membuat kerja-kerja pembersihan dan penyenggaraan sebelum atau selepas kunjungan tuan/puan. Tempoh dari 12pm - 2pm itu amat berharga bagi kami demi menjamin keselesaan pengunjung berikutnya .

Tuan /puan akan dibenarkan "early check in " atau 'late check out" tetapi ianya tertakhluk pada kekosongan semasa . Bayaran tambahan RM20.00  dikenakan  .



BERMINAT ??? Sila hubungi :

Pn Hjh Azizah : 012 6188867
Tn Hj Mohd Farid : 012 6317239
e mail : baitulaidzah@yahoo.com.my
farid_melaka@yahoo.com.my

KUMPULAN SASARAN;

Percutian keluarga , majlis perkahwinan , pertunangan , kenduri kendara , konvokesyen anak , pendaftaran IPTA/IPTS / sekolah berasrama , bertugas luar daerah /salesman / promoter, kakitangan awam / swasta ( urusan kerja ).

Homestay ini paling sesuai didiami sekitar 7-10 penghuni sahaja . Bagaimana pun , jika pihak tuan/puan hadir dengan bilangan yang lebih ramai untuk berkongsi kemudahan yang disediakan , maka sebarang ketidakselesaan adalah dibawah tanggungjawab tuan/puan sendiri.


ROMBONGAN SEKOLAH/IPT  ( RM170 PER UNIT)

Bagi guru -guru yang ingin menempatkan pelajar sekolah ( rombongan ) homestay ini tidak mampu menampung 40 orang pelajar sekaligus . Keselesaan hanya sekitar 7- 10 orang . Bagaimana pun , untuk tidak menghampakan permintaan tuan/puan sebelum ini , kami akan bekerjasama dengan beberapa pemilik homestay berhampiran ( hanya selang beberapa buah rumah sahaja ) untuk mengagihkan pelajar berkenaan  kepada 3 atau 4 kumpulan . Ini juga tertakhluk kepada kekosongan tarikh pemilik homestay yang berkenaan.

Kadar tetap kami untuk satu kumpulan pelajar sekolah ( tidak melebihi 15 orang ) adalah RM 170.00.. Charge tambahan ini terpaksa dikenakan kerana bilangan yang ramai untuk berkongsi kemudahan asas yang disediakan . Harga penginapan bagi homestay lain adalah bergantung kepada perbincangan tuan/puan dengan pemiliknya .

Tempahan makan malam dan sarapan pagi secara (packing meal ) untuk peserta - peserta rombongan juga boleh diatur jika diperlukan (bergantung kepada budget anda) .


KAEDAH BAYARAN :

Hanya bayaran secara online menerusi cash deposit ATM atau perbankan internet sahaja . Tidak menerima cheque atau kad kredit . Deposit kami adalah RM50 SAHAJA.
Sila hubungi kami menerusi telefon atau sms/whatsapp setelah pembayaran dibuat untuk tindakan yang selanjutnya . Tinggalkan no hp nama lengkap beserta alamat dan tarikh check in / out  untuk dokumentasi kami serta  kemudahan kedua pihak berhubung. Baki bayaran adalah semasa check in.


TERM & CONDITION

  1. Memandangkan dari masa ke semasa , kami menerima banyak panggilan dari pelbagai pihak bertanyakan tarikh yang sama dan meminta jasabaik kami menempahkan tempat untuk mereka , adalah dimaklumkan bahawa confirmation tuan/puan tetap berdasarkan ' first pay first serve basis' .
  2.  Tempoh sesuai membuat tempahan di Baitul Aidzah adalah tidak kurang sebulan dari tarikh penginapan memandangkan jadual yang sangat padat terutama pada musim cuti persekolahan atau cuti umum .
  3. Bagi pengunjung yang membuat tempahan last minute , permintaan tuan/puan tetap akan dilayani HANYA sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh berkenaan . Insyaallah .
  4.  Sekiranya membuat pertukaran tarikh atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan , permintaan tetap akan dipertimbangkan dengan syarat masih ada kekosongan pada tarikh yang berkenaan.
  5.  Bagi pengunjung yang telah membuat tempahan TETAPI gagal hadir TIDAK HADIR pada hari berkenaan , deposit tidak akan dikembalikan ., tuan/puan boleh meminda tarikh penginapan dan diberi tempoh 1 tahun untuk berbuat demikian ( bergantung kepada kekosongan )
MAKLUMAN TAMBAHAN :


1. PASANGAN BUKAN MUHRIM TIDAK DIBENARKAN MENGINAP DI HOMESTAY INI .

2. MINUMAN KERAS DAN MAKANAN YANG DIHARAMKAN OLEH ISLAM ADALAH DILARANG SAMA SEKALI .

3. KELENGKAPAN MEMASAK DISEDIAKAN UNTUK MERINGANKAN BEBANAN TUAN/PUAN DALAM PENYEDIAAN MAKANAN SEPANJANG PERCUTIAN / PENGINAPAN. BAGAIMANAPUN, HOMESTAY INI TIDAK MEMBENARKAN SAMA SEKALI "BBQ" ATAU "PARTY" DI ADAKAN DI MANA-MANA PERKARANGAN RUMAH. KEADAAN YANG SANGAT KOTOR DITINGGALKAN OLEH PENGHUNI SEBELUMNYA BESERTA BAUAN YANG HANYIR & KURANG MENYENANGKAN MELAMBATKAN PROSES PEMBERSIHAN ATAU HOUSEKEEPING.
INI MENINGGALKAN KESAN PADA PENGHUNI BERIKUTNYA YANG AKAN CHECK IN PADA HARI BERKENAAN DAN TIDAK ADIL KEPADA MEREKA .

4. KAMI MENYEDIAKAN SABUN MANDIAN ( LIQUID FOAM) DI SETIAP BATHROOM. TIADA TUALA MANDI DIBEKALKAN .

5. TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA KELUAR SEBARANG BARANGAN MILIK HOMESTAY INI TANPA KEBENARAN . SEMOGA LEBIH BERETIKA SEMASA MENGGUNAKAN SETIAP PERALATAN DEMI KEPENTINGAN BERSAMA.
SEBARANG KEROSAKAN ADALAH DIBAWAH TANGGUNGJAWAB TUAN/PUAN .

KERJASAMA SEMUA PIHAK AMAT KAMI HARGAI DAN SEBARANG KESULITAN YANG TIMBUL AMAT DIKESALI.


SALAM 1 MALAYSIA...

BAITUL AIDZAH ENTERPRISE